What ever you do, Make it positive. Make it what you want it to be. Not what somebody else want it to be.

Followers

:: N . O . V . E . L ::


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Petang sabtu yang cerah.  Langit biru yang terbentang luas mendamaikan lagi aman.  Burung - burung riang terbang di awanan.  Suasana redup yang nyaman.  Angin petang yang segar. Udara yang bersih.  Terasa damai perasaan Farra yang menikmati hari yang indah yang di beri oleh maha pencipta.

Sambil lambai - lambai tangan di bawah pokok manga, meratah manga muda dengan kicap dan gula.  Okeh tiba - tiba rasa teliur.  Farra tipu aje kat umah farra mana la ada pokok manga.  keluar umah pun tak nampak tanah terus nampak umah orang.  Nak berangan depan umah nak ada pokok manga.  Kalau nak merasa balik kampung aje lah.

Okeh okeh ! farra nak cerita pasal novel.  Novel kat rumah farra ?? banyak.! sampai abah dah bising kata rumah ni dah jadi cam kilang buku novel.  Abah bising juga banyak - banyak buku ni adik tak baca pun.  Abah memang la adik tak baca.  Yang banyaknovel tu pun cerita pasal cinta. Manalah adik nak layan novel juga.

Tapi apa - apa pun Alhamdulilah abah tak marah dengan hobi farra tu.  Bersyukur sangat - sangat sebab abah tak pernah nak halang hobi anak perempuan nya yang seorang ni.  Cuma abah pesan buku tu kalau dah abis baca simpan kat tempat nya susun elok - elok.  Dulu kalau ada arwah mak, mak rajin susun buku - buku novel tu kalau bersepah.  Tapi sekarang kalau bersepah letak kemana - mana tak de siapa yang yang ambil susun kan balik. huhuhuhuhu :(

Okeh pasal novel farra tu? farra ada ambil beberapa tajuk novel kan jadi kan ia satu perkataan.
Hope apa yang farra nak try wat ni jadi dan sedap di baca dan sebut.

 
ANDAIKU BERMIMPI, aku berharap ia mimpi tentang CINTA KAU DAN AKU. Aku TAKKAN MELUPAKANMU HINGGA KE AKHIRNYA.  Inilah dikatakan MEMANG DAH JODOH.  DALAM DIAM ADA CINTA kerana KUINGIN BERSAMAMU.  MULANYA DISINI KALA CINTA MENGODA.  DEMI CINTA INI  aku berharap kau memilih aku.  KERANA AKU? kerana aku PENCURI CINTA.  KUPERSEMBAHKAN HATI yang merupakan CAHAYA CINTA.  JANGAN KAU TANGISI AIR MATA RINDU kerana EPISOD CINTA kita masih panjang. Dan aku sentiasa berharap kau berkata DIA HERO HATIKU kerana CINTA HATIKU ini adalah CINTA UNTUKMU dan HANYA KAU KUSAYANG.  Walaupun kehadiran aku KEJAP ADA KEJAP TAK ADA tetapi aku yakin kau TANPA DI SISI aku, akan ber AKHIR SEBUAH CINTA. Jadi , SIAPA DI HATIMU? ANDAI ITU TAKDIRNYA akan KUDAKAP ERAT CINTAMU my DOKTOR CINTA. Akan ku bina JAMBATAN KASIH yang menyinar SINARAN KASIH.  HATI BILA CINTA, BINTANG MILIKKU akan ku beri pada mu sebagai NOKTAH CINTA. Akan ku jaga, kekal SEHINGGA HUJUNG NYAWA.
 
 
Taaaadaaaaaaaaaa...!!!!! huhuhuhu.. penat memerah otak.. terima kasih kat adik sebab membantu. Bantu ape ?? bantu baca tajuk novel itu.
 
Kalau ada idea lagi akan farra buat lagi. Itu pun kalau farra rajin dan nak buat senaman jari jemari nie. hehehehe..
 
Bye. Selamat membaca walaupun tak seberapa corentan ini :)







:: cinta ::

 
Assalamualaikum all.
 
Hope semua sihat - sihat belaka, yang mana tak sihat tu jangan lupa makan ubat dan jaga kesihatan okeh.
 
Farra nak cerita pasal tajuk kat atas, opss dah semestinya la tak de kena mengena ngn farra pun.  Just nak share share kongsi - kongsi jap jap bukan share dengan kongsi tu maksud yang sama ke ?? hehehehehe. ! okeh ! bebalik kepada tajuk itu, cam yang farra katakan bukan about farra. But about LOVE  hehehe .
 
 
Okeh meh - meh kita mula kan okeh !
 
Cinta pada diri kita ada tiga jenis kata lainnya terbahagi kepada tiga.  Cinta agung, cinta sederhana dan cinta bawahan.
 
Okeh cinta yang pertama ialah cinta agung, mesti ramai yang tahu cinta agung ni cinta kita kepada siapakan.  Yes sudah semestinya lah cinta kepada ALLAH SWT, rasul dan jihad di jalanNYA.  Kita perlu sentiasa percaya pada apa yang ALLAH sudah tetapkan untuk kita.
 
Cinta yang kedua pula ialah cinta sederhana.  Cinta sederhana sudah semestinya cinta kita terhadap ibu bapa, anak - anak, saudara - mara, suami isteri dan keluarga kita. 
 
Cinta bawahan pula harus kita elakkan, cinta bawahan ialah sifat melebihkan cinta kepada keluarga, harta dan tempat tinggal mengatasi cinta terhadap ALLAH SWT, rasul dan jihad di jalanNYA. 
 
Bagaimana nak elak cinta bawahan ?
 
Setiap orang ada nafsunya sendiri nafsu itu sememangnya menyuruh kepada kejahatan.  Jadi jangan biarkan nafsu menguasai fikiran kita.  Kalau kita berjaya melakukan kita akan perolehi cinta agung dan juga cinta sederhana. 
 
 
:: Cinta ialah  satu kesedaran jiwa, emosi serta perasaan sepenuh hati dan luahan sentimental atau romantik daridapa hati pencinta terhadap kekasihnya dengan sepenuh perasaan dan kegembiraan ::






                                                              

Menjadi isteri romantik.


Assalamualaikum all !
 
selamat petang semua.  Sedap petang - petang ni dapat minum petang dengan keluarga atau orang tersayang.

Petang yang ceria seperti biasa.  Biasa ? tak la biasa sangat sebab farra ada rasa kekurangan hari ni.
unggas - unggas berterbangan di angkasa.  Okey tak yah nak hiperbola sangat petang - petang ni unggas - unggas belaka lah. cubit pipi kanan karang!

Okeh kembali kepada cerita yang ingin farra cerita, conteng - conteng dan kongsi dekat blog farra ni.
Isteri romantik ? salah atau tak seorang perempuan atau isteri menjadi romantik lebih dari romantiknya lelaki kepada perempuan ? farra rasa tak salah kalau untuk hubungan suami isteri kekal dan bahagia sampai ke akhir ayat.

1. berdandan cantik.

2. Memberi pujian.
 
3. Memberi dia bebas.

4. Menghias bilik tidur.

5. luangkan masa bersama.

6. Memberikan sentuhan mesra.

7. Masak masakan yang enak.

8. Berkongsi raksia.

9. Berikan kejutan kecil.

10. Menulis cacatan cinta.

11. meraikan hari istimewa.

12. kucupan persisahan.
    
 
Farra sebenarnya tak tahu nak conteng apa.  So apa yang terlintas di fikiran terus la menaip naip. hehehehehehe.  sekurang - kurangnya farra wat senaman jari. kikikikiki.. 



                                                             

JALAN - JALAN CUCI MATA :)


Assalamualaikum :) hope semua nya sihat - sihat belaka :)

Dah lama tak mengadap blog ni. entah jadi apa entah blog ni.

So farra ubah selera blog ni sikit :)

Kalau sebelum nie warna ungu je yang mewarnai blog farra jadi kali ni farra wat warna putih pula :)

hehehe ! ubah selera la sikit  :D

Entah apa lah yang farra membebelkan ni .. hahah :)

kuikuikuikui :)

Farra nak cerita yang minggu nie farra banyak bejalan. Entah kaki nie x penat pula kan bejalan hahaha. semalam farra kuar ngn kawan farra pergi sunway cari novel. Apa lagi dah nama pun cari navel apa lagi sampai -  sampai terus la pergi ke popular untuk menunaikan hajat farra nie :) sampai mesti la rak novel yang farra g tuju dulu.  Pilih la beberapa novel yang farra cari dan nak baca. cari punya cari setiap pelusuk celah celah rak novel tu novel yang farra cari tak de.

peeerrhhhhh masa tu mmg ase nak marah hampa pun ada juga. novel SEBENARNYA AKU ISTERI DIA tak de. Disebab kan hampa novel yang di cari tak de. Terpakse la cari novel lain pula. huhuhuhu..

Dan petang tadi farra pergi sunway lagi saja bosan duduk umah g la merantau merayau menjelajah sunway tu. Walaupun dah selalu g dan rasa jemu. kikikiki.. tak lupa juga farra singah g kedai buku mana tahu nak tengok jeling novel yang farra cari tu ada ke. Kalau ada ape lagi terus la sambar kan novel tu tak tnggu pape lagi. Tetapi novel yang dicari tak de juga. Dan hampar lagi sekali.  farra dan kawan kawan pergi minum petang kat rotiboy. :) perrhhhh farra mmg da lama sangat sangat dah berzaman dah beradap lamanya tak makan at situ. ape lagi mmg teruja abis. hahaha..

teruja ape ?? terus nak tgok cam ne rotiboy tu di buat.. kihkihkih tu je pun. :) cam apa je kan farra nie . masalah nya siar at tv je un cara rotiboy di buat.. hahaha.. punya hayal menonton.. hahaha

 
tadaaaaaa .. hahahaha rasa nak makan lagi lah jum teman farra.. hahaha.
 



p/s : gambar g lie novel tak de sbb ??? tak de org yg rajin nak menangkap gambar tak de. so sok pagi farra balik kampung :) doa kan farra semoga farra selamat sampai ke destinasi :)  L.O.V.E  Y.O.U  A.L.L