What ever you do, Make it positive. Make it what you want it to be. Not what somebody else want it to be.

Followers

:: N . O . V . E . L ::


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Petang sabtu yang cerah.  Langit biru yang terbentang luas mendamaikan lagi aman.  Burung - burung riang terbang di awanan.  Suasana redup yang nyaman.  Angin petang yang segar. Udara yang bersih.  Terasa damai perasaan Farra yang menikmati hari yang indah yang di beri oleh maha pencipta.

Sambil lambai - lambai tangan di bawah pokok manga, meratah manga muda dengan kicap dan gula.  Okeh tiba - tiba rasa teliur.  Farra tipu aje kat umah farra mana la ada pokok manga.  keluar umah pun tak nampak tanah terus nampak umah orang.  Nak berangan depan umah nak ada pokok manga.  Kalau nak merasa balik kampung aje lah.

Okeh okeh ! farra nak cerita pasal novel.  Novel kat rumah farra ?? banyak.! sampai abah dah bising kata rumah ni dah jadi cam kilang buku novel.  Abah bising juga banyak - banyak buku ni adik tak baca pun.  Abah memang la adik tak baca.  Yang banyaknovel tu pun cerita pasal cinta. Manalah adik nak layan novel juga.

Tapi apa - apa pun Alhamdulilah abah tak marah dengan hobi farra tu.  Bersyukur sangat - sangat sebab abah tak pernah nak halang hobi anak perempuan nya yang seorang ni.  Cuma abah pesan buku tu kalau dah abis baca simpan kat tempat nya susun elok - elok.  Dulu kalau ada arwah mak, mak rajin susun buku - buku novel tu kalau bersepah.  Tapi sekarang kalau bersepah letak kemana - mana tak de siapa yang yang ambil susun kan balik. huhuhuhuhu :(

Okeh pasal novel farra tu? farra ada ambil beberapa tajuk novel kan jadi kan ia satu perkataan.
Hope apa yang farra nak try wat ni jadi dan sedap di baca dan sebut.

 
ANDAIKU BERMIMPI, aku berharap ia mimpi tentang CINTA KAU DAN AKU. Aku TAKKAN MELUPAKANMU HINGGA KE AKHIRNYA.  Inilah dikatakan MEMANG DAH JODOH.  DALAM DIAM ADA CINTA kerana KUINGIN BERSAMAMU.  MULANYA DISINI KALA CINTA MENGODA.  DEMI CINTA INI  aku berharap kau memilih aku.  KERANA AKU? kerana aku PENCURI CINTA.  KUPERSEMBAHKAN HATI yang merupakan CAHAYA CINTA.  JANGAN KAU TANGISI AIR MATA RINDU kerana EPISOD CINTA kita masih panjang. Dan aku sentiasa berharap kau berkata DIA HERO HATIKU kerana CINTA HATIKU ini adalah CINTA UNTUKMU dan HANYA KAU KUSAYANG.  Walaupun kehadiran aku KEJAP ADA KEJAP TAK ADA tetapi aku yakin kau TANPA DI SISI aku, akan ber AKHIR SEBUAH CINTA. Jadi , SIAPA DI HATIMU? ANDAI ITU TAKDIRNYA akan KUDAKAP ERAT CINTAMU my DOKTOR CINTA. Akan ku bina JAMBATAN KASIH yang menyinar SINARAN KASIH.  HATI BILA CINTA, BINTANG MILIKKU akan ku beri pada mu sebagai NOKTAH CINTA. Akan ku jaga, kekal SEHINGGA HUJUNG NYAWA.
 
 
Taaaadaaaaaaaaaa...!!!!! huhuhuhu.. penat memerah otak.. terima kasih kat adik sebab membantu. Bantu ape ?? bantu baca tajuk novel itu.
 
Kalau ada idea lagi akan farra buat lagi. Itu pun kalau farra rajin dan nak buat senaman jari jemari nie. hehehehe..
 
Bye. Selamat membaca walaupun tak seberapa corentan ini :)







No comments: